Wednesday, November 18, 2015

Pameran PPK Aeroangkasa di Masjid Seri Ampangan, Nibong Tebal.

Assalamualaikum wbt.

Pameran berkenaan drone telah diadakan di Masjid Seri Ampangan, Nibong Tebal di bantu oleh ASRO iaitu Aerial Robotic System Team telah diadakan pada 25/10/2015 (Ahad). Beberapa drone telah di bawa ke sana untuk sesi perkongsian kepada warga setempat berkenaan penggunaan drone samada untuk aktiviti biasa atau aktiviti penyelidikan.

Sambutan sangat menggalakkan khususnya dari penduduk setempat berkenaan dengan pengetahuan berkenaan drone yang sekarang semakin popular di seluruh dunia.

Untuk pameran ini, 1 orang staf dan 3 pelajar postgraduate terlibat dari pukul 9 pagi sehingga ke pukul 1 petang. 

Drone yang dilengkapi dengan gps, dan kamera mampu untuk menangkap gambar aerial photo dari ketinggian tidak melebihi 400 kaki.



Penggunaan GPS/Compass memastikan drone berada di bawah kawalan gps dan pelbagai mode boleh digunakan dengan penggunaan alat ini.

Sebuah drone yang dilengkapi dengan video transmitter memudahkan drone pilot untuk melihat panorama semasa terbang.

Sebuah booth kecil cukup sebagai ground station.

Persediaan group ASRO untuk pameran.

No comments:

Post a Comment