Sunday, October 4, 2015

LAWATAN JPTP Tabika Perpaduan Taman Rantau Damai/ Selesa, 72 orang.



Assalamualaikum wbt,

Pelawat hadir pada pukul 10.00 pagi ke lobi PPK Aeroangkasa dan disambut oleh staf bertugas iaitu En Najhan dan staf teknikal lain.

Pelawat kemudian di beri penerangan berkenaan dengan bahagian bahagian untuk sebuah kapal terbang di makmal mekanik penerbangan.Penerangan yang mudah dan berkesan membolehkan pelawat memahami sesi pembelajaran ini. Kemudian aktiviti demo roket air kepada pelajar dan pelawat. Aktiviti yang sangat mengujakan. Lawatan terakhir adalah di hangar dengan melihat kapal terbang dan helicopter di hangar. Pelajar juga melihat demo quadcopter terbang yang di terbangkan oleh staf ppk aeroangkasa. Semoga pelawat pelawat cilik ini dapat mendapat manfaat dengan melihat, belajar, merasai dan memegang teknologi aeroangkasa di USM ini.