Monday, September 21, 2015

Apex Fasa 2.


Melepasi Fasa I Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX), Universiti Sains Malaysia (USM) terus mendepani cabaran muncul sebagai Universiti Memimpin Kelestarian menerusi perancangan awal APEX Fasa II yang akan bermula pada 2014 hingga 2025. Ikuti inti pati APEX Fasa II dalam perutusan Tahun Baru Naib Canselornya, Prof Datuk Omar Osman, baru-baru ini.

S: Bolehkah Prof berikan pengenalan ringkas mengenai perancangan awal APEX Fasa II?

J: USM berjaya melancarkan satu Consultative Document bertajuk The APEX University - Second Phase 2014- 2025, USM, satu dokumen cadangan yang dihasratkan membawa USM 12 tahun ke hadapan. Dokumen ini diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai dokumen perbincangan bersama pelbagai pemegang taruh luar dan dalam universiti sepanjang 2013. Selain itu, beberapa dokumen APEX sokongan turut dilancar iaitu the State of the Art Book: 2008-2012 dan juga USM in Numbers 2012 yang memaparkan kisah perjalanan USM sepanjang pelaksanaan APEXsehingga 2012 dan pencapaian USM dalam Indeks Pengukuran Prestasi (KPI) 2012.

APEX Fasa ll bertujuan usaha untuk mewujudkan bakat yang mempunyai minda warga global kelas pertama yang berlandaskan dengan nilai terbaik, manakala pemboleh ataupun enabler utama yang akan menjadi teras APEX Fasa ll, diterajui aspek Governan Insani, Kelestarian Kewangan, Penyelidikan dan Inovasi, Warga Global, Akademik, Perkhidmatan serta Agenda Memposisikan Institusi. Semua ini digambarkan dalam ekosfera Rangka Kerja APEX Fasa ll yang tidak lagi digambarkan sebagai sebuah piramid kerana mencapai sesuatu yang lebih holistik adalah jauh lebih penting berbanding dengan kedudukan tertinggi, teratas dan bersendirian.

Ekosfera lebih menyeluruh bentuknya dan bagi merealisasikan visi dan misi APEX ialah menerusi perubahan menyeluruh keseluruhan institusi, serta membentuk hubung kait elemen sebuah universiti dengan elemen persekitarannya yang merangkumi manusia, infrastruktur, sistem dan entiti dalamannya. Ekosfera APEX ini melampaui tugas dan fungsi asas sebuah universiti yakni untuk membentuk karektor manusia dan seterusnya mentransformasikan mereka ke arah menjadi rakyat ataupun masyarakat dunia yang beretika. Justeru, ekosfera ini bukan hanya untuk USM dan bukan hanya berkenaanUSM. Ekosfera APEX meliputi dimensi global yakni berusaha untuk merubah lanskap pendidikan tinggi menjadi sebuah institusi yang relevan dalam abad ke-21 ini. Untuk itu, premis utama dalam apa jua yang kita tuju dalam APEX Fasa ll, kita akan meneroka ke arah sesuatu yang terbilang (prominence), unggul (eminence), relevan (relevance) serta dominan (dominance) dalam perkara-perkara yang kita rancangkan. Selain itu, USM meneruskan dengan teras-teras yang digarap pada permulaan APEX.

USM sebagai sebuah universiti APEX meneruskan tujuh Teras iaitu masa hadapan, keunikan, kelestarian, kemanusiaan, kesejagatan, perubahan dan juga pengorbanan. Dalam APEX Fasa ll ini, USM perlu kembali kepada asas (fundamental) dan asal usul ataupun roh kita sebagai sebuah universiti. Kita harus kembali meneliti apakah sebenarnya sebuah `universiti' dan mengapakah diwujudkan. Universiti berasal kepada perkataan Latin `universes', yang membawa maksud `menyeluruh', manakala education pula berasal daripada perkataan latin yang bermaksud `e-ducere' ataupun melakukan sesuatu, yakni merujuk kepada usaha untuk merungkai potensi keseluruhan seseorang untuk hidup bersama dengan persekitarannya. Sehubungan dengan itu, USM harus mengambil kira sifat hakiki manusia, serta nilai yang membentuk asas kehidupan.

S: Apakah inti pati utama APEX Fasa II?

J: Tiga inisiatif utama dikenal pasti dalam usaha memperkukuh peranan dan kecemerlangan USM dalam kerangka hala tuju APEX Fasa II 2014-2025. Inisiatif bersifat jangka pendek itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat merangkumi penawaran tempat kepada pelajar terkebawah melalui saluran khas yang sedang dalam proses kelulusan Senat. Dua lagi inisiatif termasuk meluaskan penawaran program pada peringkat profesional dan pascasiswazah di pusat pembelajaran setempat di Kuala Lumpur serta menjayakan teras untuk memastikan sistem dalaman universiti dapat dijalankan secara berkesan dan kos efisien.

Untuk program saluran khas, universiti berharap dapat mewujudkan satu wadah untuk membina bakat dalam kalangan pelajar terkebawah, termasuk golongan asal (peribumi), penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak serta golongan kelainan. Golongan siswazah yang mempunyai potensi untuk ditawarkan di pusat pembelajaran setempat di Kuala Lumpur. Pusat Setempat itu yang juga telah beroperasi dua tahun dengan penawaran program Sarjana Komunikasi Integratif akan dikembangkan khususnya dalam program yang diperlukan pada peringkat kerja kursus tahap profesional.

S: Bagaimanakah dengan pencapaian USM dalam APEX Fasa I?

J: Sebagai sebuah universiti penyelidikan, APEX Fasa I menyaksikan peningkatan bilangan geran yang diberikan kepada penyelidik, begitu juga dengan bilangan staf akademik yang menjadi Principle Investigator. Usaha turut dipergiatkan bagi memastikan keseimbangan umur dan pengalaman antara penyelidik. Kita juga berjaya mencapai kira-kira 40 peratus daripada sasaran 200 pengiktirafan antarabangsa terhadap pencapaian penyelidikan universiti selain kejayaan meneroka penyelidikan dalam bidang yang sebelum ini dianggap terpinggir atau pun tidak diberi perhatian dalam agenda kebangsaan dan diklasifikasikan sebagai the unaddressed issues, antaranya Diasphora dan Warisan Melayu, Pensejarahan Melayu Serantau, Kearifan Tempatan dan Pengurusan Haji.

Kita bersyukur apabila dua isu diperjuangkan iaitu Kearifan Tempatan dan Pengurusan Haji mendapat perhatian pihak kerajaan sehingga membawa kepada kejayaa n memperoleh geran Long Term Research Grant Scheme (LRGS) yang agak besar. Usaha USM menghubungkan universiti dengan masyarakat khususnya kalangan negara membangun turut diperhebat. Pihak universiti contohnya menjadi pemangkin kepada penubuhan APUCEN yang dianggotai 43 universiti dari 10 negara. Menerusi industri pula, kita berjaya menubuhkan Industrial Community Advisory Panel (ICAP). Sebagai keseluruhan, APEX Fasa I membuktikan kejayaan mengenal pasti kekuatan, kelemahan serta kekurangan selain jurang yang perlu dirapatkan ke arah memperkukuh lagi landasan bagi melakukan lonjakan yang tinggi di APEX Fasa ll.

S: Apakah teras strategik yang digariskan USM pada 2013?

J: 2013 menetapkan empat teras strategik utama iaitu mensinergikan antara impian, realiti, kekangan, cabaran, keserakanan, kebersamaan dan mengurangkan perselisihan, jurang, ketaksuban dan keegoan. Empat teras strategik ini ialah Pengupayaan Perancangan APEX Fasa 2, Meneruskan Pusingan Asas Transformasi, Memulakan Inisiatif Baru APEXFasa II dan Meneruskan Inisiatif Berupaya Dalam APEX Fasa 1. Semua ini penting disinergikan agar kita mampu meneruskan agenda APEX. Semua agenda yang diletakkan dalam APEX Fasa 1, Fasa 2 dan sudah tentu sasaran 2013 ini menuju ke arah usaha merealisasikan USM sebagai Universiti Memimpin Kelestarian. Justeru itu, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu ada pelan kelestarian sendiri yang selari dan sehala dengan hasrat universiti.

Bagi 2013, PTJ akan dikehendaki menyediakan pelan perancangan mereka mengikut kaedah berikut dengan perancangan strategik jangka pendek dua tahun, jangka pertengahan lima tahun dan pemetaan sehingga 2025 berasaskan kepada Consultative Document APEX Fasa II. Pemberitahuan berperingkat akan dilakukan Pejabat Transformasi dan Bahagian Pembangunan Institusi dan Komunikasi Strategik. Semua PTJ juga diminta untuk menyediakan jadual teras pengurusan berasaskan kepada empat teras Strategi, Taktikal, Operasi dan Tugas. Pelan Tindakan Pemboleh yang akan disediakan nanti terdiri daripada Akademik melewati 2013, penyelidikan warga global, kelestarian kewangan, perkhidmatan dan juga agenda memposisikan institusi (Institutional Positioning Agenda).

Wednesday, September 9, 2015

Kem Sains Aeroangkasa dengan kerjasama USM

Tarikh: 15/8/2015
Bilangan pelajar: 80 pelajar darjah 4/5, 40 pelajar darjah 3
Staf Akademik, staf teknikal dan staf pentadbiran yang berminat.

Pada tarikh tersebut, SKSI telah menjemput PPK Aeroangkasa untuk mengadakan Kem Sains Aeroangkasa yang diadakan untuk pendedahan pelajar kepada teori dan aplikasi hands-on berkenaan dengan sains khususnya aeroangkasa. 

Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti ceramah akademik, bengkel pembuatan paper helicopter dan bengkel pembuatan roket air.







Lawatan Tadika Kasih Ummi 2015

Assalamualaikum

Lawatan dari Tadika Kasih Ummi seramai 3 orang guru dan 35 orang pelajar tadika kasih ummi berumur 6 tahun telah melawat PPK Aeroangkasa pada 9/9/2015 dari pukul  10.00 - 11.45 am. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengenali enjin kapal terbang, bagaimana kapal terbang roll, apakah itu propeller di lobi ppk aero yang baru sahaja dikemaskini.


Kemudian pelajar di bawa ke Makmal Mekanik Penerbangan untuk mengenali komponen di dalam pesawat seperti aileron, rudder, elevator dan throttle oleh penolong jurutera.


Juga mengenali ciri ciri sebuah helikopter iaitu penggunaan rotary wing di bahagian atas helikopter.




Seterusnya, pada 2015 ini, quadcopter iaitu kipas berbilang sangat popular dengan samada secara professional atau hobby made. Pelajar didedahkan dengan quadcopter di mana kipasnya ada 4 dan mempunyai kestabilan yang lebih tinggi berbanding helikopter konvensional. 


Penggunaan simulator juga di didedahkan kepada pelajar dan setiap pelajar di beri peluang untuk menggunakan simulator rc plane.


Perempuan memang lebih lembut dan pelajar ini sangat berbakat kerana kapal terbang ini tidak terhempas dalam masa 2 minit. 


Penerangan berkenaan UAV, unmanned aerial vehicle secara ringkas dengan harapan memberi mereka peluang untuk mempunyai pengalaman dalam kenderaan tanpa pemandu ini.


Pelajar kemudian menikmati makanan yang disediakan oleh tadika di bilik seminar.


Seterusnya melawat kapal terbang aermacchi di hangar dan keterujaan oleh pelajar ini dapat dirasai semalam.


Terima kasih kepada guru2 yang membawa pelawat dan kepada staf yang membantu khususnya en amir, en hasfizan, en shukri, en hisham dan pn rahayu kerana berusaha untuk lawatan kali ini.

"Lawatan tadika adalah lawatan masa depan, walaupun masih kecil, tapi tanggungjawab kita untuk memberi pendedahan kepada mereka dengan memberi peluang untuk pelajar merasai bidang aeroangkasa ! "

Membersihkan laman aero 2015

Assalamualaikum wbt,

Pada 4/9/2015, semua staf teknikal di bantu oleh tuan mat rashid, wakil pentadbiran aero, beberapa pelajar postgrad, azizul dan faisal telah membuat gotong royong membersihkan laman aero. Iaitu dengan membersihkan tanah lebihan, agar rumput akan lebih kemas pada masa akan datang. Kerja yang agak sukar untuk di buat seorang, dan alhamdulillah semua staf teknikal dapat membantu bersama mencangkul, mencantas dahan lama, membawa tanah baru ke pokok  doa dsb.

Semoga dengan usaha ini, laman aero akan lebih ceria dengan rumput yang akan cantik seperti padang golf dan di sulam bersama pokok doa yang di tanam pada tahun 2015.

Gambar selepas daripada pembersihan tanah yang lebih. Kelihatan lebih teratur dan tidak nampak sangat seperti baru lepas berperang.

Di tepi bahagian makmal avionik, tiada tanah ketul dan keras, insyaALLAH mudah mudahan rumput akan kembali tumbuh seperti sebelum ini.
Gambaran 3d sekeliling radar aero.

Wednesday, September 2, 2015

Penanaman Pokok Doa 2015

Penanaman 38 batang Pokok Doa pada 28/8/2015 di Laman PPK Aeroangkasa. AlhamduLILLAH ada backhoe membantu untuk mengorek lubang sebelum hari penanaman pokok doa sempena hari merdeka dan majlis kesyukuran pada tarikh tersebut. Untuk persediaan diketuai oleh staf teknikal sepenuhnya bermula dari pemilihan pokok, bilangan pokok, perancangan penanaman pokok, membawa masuk backhoe ke dalam laman aero, trim pokok dan sebagainya. AlhamduLILLAH..Allah permudahkan usaha ini.