Wednesday, November 18, 2015

Pameran PPK Aeroangkasa di Masjid Seri Ampangan, Nibong Tebal.

Assalamualaikum wbt.

Pameran berkenaan drone telah diadakan di Masjid Seri Ampangan, Nibong Tebal di bantu oleh ASRO iaitu Aerial Robotic System Team telah diadakan pada 25/10/2015 (Ahad). Beberapa drone telah di bawa ke sana untuk sesi perkongsian kepada warga setempat berkenaan penggunaan drone samada untuk aktiviti biasa atau aktiviti penyelidikan.

Sambutan sangat menggalakkan khususnya dari penduduk setempat berkenaan dengan pengetahuan berkenaan drone yang sekarang semakin popular di seluruh dunia.

Untuk pameran ini, 1 orang staf dan 3 pelajar postgraduate terlibat dari pukul 9 pagi sehingga ke pukul 1 petang. 

Drone yang dilengkapi dengan gps, dan kamera mampu untuk menangkap gambar aerial photo dari ketinggian tidak melebihi 400 kaki.



Penggunaan GPS/Compass memastikan drone berada di bawah kawalan gps dan pelbagai mode boleh digunakan dengan penggunaan alat ini.

Sebuah drone yang dilengkapi dengan video transmitter memudahkan drone pilot untuk melihat panorama semasa terbang.

Sebuah booth kecil cukup sebagai ground station.

Persediaan group ASRO untuk pameran.

Tuesday, November 17, 2015

LAWATAN Tadika Cendikia Bestari, Taman Transkrian, Nibong Tebal

Assalamualaikum wbt,
Seramai 80 murid telah hadir pada tarikh seperti di atas bersama 8 guru. Tiba menaiki bas dan di sambut oleh En Mohamad Zihad Mahmud. Murid murid kemudian diberikan penerangan berkenaan asas kapal terbang iaitu bagaimana kapal terbang terbang, mendarat, membelok dan pelabagai asas sebuah kapal terbang.

Kemudian dengan bantuan enjin di lobi, en zihad dapat menerangkan bagaimana sesebuah enjin itu berfungsi. Bukan itu sahaja, dengan adanya propeller, pelajar dapat melihat sendiri propeller yang sebenar.

Kemudian, murid di bawa untuk merasai pengalaman simulator rc plane di makmal mekanik penerbangan. Setiap murid kemudiannya di berikan peluang untuk merasai menerbangkan simulator rc plane di bantu oleh en fauzan dan en shukri di makmal tersebut.



Keterujaan pelajar yang tidak dapat digambarkan jika hanya melihat gambar dan lukisan kertas. Walaupun tidak disangkal mereka akan terhempas, tetapi ini adalah satu pengalaman. Ada juga murid yang boleh terbangkan rc plane lebih dari 3 minit!


Sebelum pelajar di bawa ke hangar, En Hasfizan dan En Shahar memberikan penerangan kepada murid berkenaan dengan water rocket. Seterusnya pelajar yang pandai mengeja dalam bahasa inggeris di berikan peluang untuk melancarkan roket air di laman aero. Sebanyak dua orang murid berpeluang untuk melancarkan roket tersebut.

Seterusnya, murid di bawa ke hangar untuk melihat helicopter dan kapal terbang. En Ismail memberikan penerangan yang menyeluruh kepada murid berkenaan dengan pesawat pesawat tersebut dan membawa mereka untuk merasai pengalaman sebenar melihat pesawat di hangar aeroangkasa.

Untuk penutup, murid bergambar kenangan bersama staf USM dan tadika. Lawatan bersurai pada pukul 11.30 am. En Hisham dan En Ridwan bertanggungjawab untuk memantau keselamatan pelawat sepanjang lawatan berlangsung.

Usaha disemai untuk kesinambungan masa hadapan.