TeknoFest Turkey

19.9.2024 7.44 pm.

Pada masa ini, Aisyah, Amir dan zihad sedang menaiki bas ekspress dari Kaharamaras melalui pergunungan dan terowong untuk ke Istanbul. 

Tiket dia RM300 seorang untuk perjalanan selama 14 jam. Ada dua perkara yang perlu dibuat apabila sampai kesana nanti, satu, misi utama ialah untuk pergi ke kastam di istanbul airport, seterusnya pergi ke pejabat kastam untuk mengambil drone yang telah ditahan oleh mereka. 

Hasil dari perbincangan aisyah dengan wakil tubitak, alhamdulillah, dalam pukul 10 tadi, dapat surat pengesahan dari CAA Turkey untuk pelepasan dron daripada Kastam Turkey. Semoga dengan perjalanan ini, sampai esok pagi pada jam 0900 pagi waktu tempatan. 

Yang keduanya, adalah untuk membeli keperluan Ai di istanbul sana. Tak senang dengan tempat orang dan bahasa yang sangat lain, alhamdulillah, ada satu perkenalan student dari guniea bernama Yamusa yang sangat memudahkan kami untuk berhubung dengan orang turkey, yang kebanyakanya tidak berbahasa inggeris. 

Yamusa akan dibincangkan pada tajuk seterusnya. Esok pagi, perancangan adalah bertemu dengan rakan Musa, dan dia akan bawa kami terus shopping barang ai di sekitar istanbul. 

Satu perjalanan yang tidak diduga, tiket perjalanan ini, dibayarkan dahulu oleh Dr F dari Malaysia, setelah saya tidak menerima OTP, yang sepatutnya sampai ke phone sewaktu ingin membuat pembayaran, tetapi oleh kerana menggunakan hotspot roaming celcom digi malaysia, dan cuba 2 kali, berpendapat bahawa sms tak sampai. 

Terima kasih kepada sofea, dan musa, kerana memberikan penilaian perjalanan yang terbaik untuk team A pergi ke Istanbul dan pulang dengan memastikan perjalanan adalah cukup untuk sampai semula ke tapak teknofest pada 21.9.2024. Perjalanan yang dirancang, adalah balik menaiki kapal terbang dari istanbul ke karahmanaras dengan membawa drone dan membawa semua aksesori yang berkaitan ke teknofest. Ini juga adalah penting untuk memastikan drone ini boleh dibawa pulang ke Malaysia pada 28.9 nanti. Disini dipecahkan team kepada Team A dan Team B. 

Team B adalah diserahkan kepada Azrul, untuk memastikan keselamatan students yang dipecahkan, sofea, shap, evo, ziyyad dan musa (our elected translator). Mereka juga ditugaskan untuk menguruskan keperluan sebab nak kasi jadi juga, beli router wifi, beli kolam mandi budak untuk diguna pakai semasa demo pertandingan 23.9 nanti. 

Kita mula cerita pagi tadi. Selepas sarapan di dewan hostel, kami mencari bas shuttle yang disediakan. Mujur ada musa yang bertanyakan kepada security guard, yang pastinya bahasa turkish. Alhamdulilah kami pun berkumpul di tmpt bas berhenti. Disitu kita boleh nampak dimana mana turkish hisap rokok. Musa ceritakan bahawa turkish sangat stress, orang muda, org tua semua hisap rokok. Stress harga barang meningkat kerana ekonomi turkey yang tak stabil dan menurun. Ouh. 

Dan distiu juga kita jumpa proton gen2 park. Rasa megah la sekejap kan.

Kemudian kami naik bas shuttle. Kemudian muncul group indonesia. Alamdulillah. Boleh berbicara serumpun gitu. Berani depa ni, lecturer tak ikut pun. Sempat juga azr ramah dgn musa dan geng indon.

Setelah naik bas dalam setengah jam, sampai juga di teknofest area. 


Dimulakan dengan alfatihah, meeting dimulakan. Misi 1, dapatkan pelepasan dari kastam. Musa dan evo bantu utk call kastam airport. 830 am tak angkat. 0900 call lagi tak tau jadi apa. Tiada update. 

Kemudian staf tubitak hadir ke meja kami dan berikan satu dokumen yang ditunggu tunggu, surat pelepasan CAAT. Alhamdulillah, selesai utk perkara penting ini. 

Seterusnya transportation, sekali lagi musa bantu utk call servis sewa kereta dan driver. Utk drive 11 jam ke istanbul dan patah balik Rm5000.00. Fuh...ini bukan option yang baik.

Seterusnya bas, 14 jam, dengan kos lebih rendah. Rendah tak rendah, sorang rm300. Huu..balik? 

Oleh kerana perlukan masa, supaya dapat sampai esok, pilih naik flight dari airport istanbul ke karahmanmanas. 3 orang rm1800.00..3.30 ptg flight, pkl 12 mesti check in.

Ok. Simpan situ.

So, mula la perjalanan naik bas. Tgh jalan2, ada sorang pakcik ni mendekati dan bertanyakan perihal kami. Nak tengok passport, eh, bahaya ni. Kami pun minta identiti card sebagai poliS. Dia tunjuk, mmg betul itu polis..tunjuk passport dan cerita kenapa datang sini guna google translate...alhamdulilah tiada apa apa.

Makan aiskrim, beli air, pergi toilet, dan solat dalam bas. 


Sekarang baru jam 4 jam. Marilah kita tengok apa yang rasa utk siapkan trip 14 jam ini. 




Jam ke 5, 25% perjalanan..












No comments:

Post a Comment